Wednesday, 29 September 2010

beauty is pain

lately,rase cm byk sgt rambut rosak.yang gugur pon byk.sdih sgt bile tgk byk rambut kt lantai.smpai kkdg tu rase cm 'ntah2,ak ni ade sakit leukimia kot'.
jadi,utk mengelakkn diri ini dirundung kesedihan berterusan(cm ayat novel tak??),maka,pergilah diri ni menggoogle-google 'natural hair care tips'.
harus letak word 'natural' tuh.sbb,klu tak letak,nt die akan kuarkan tips2 yg lbh krg same je.balik2 kluar ayat cmni:
DO NOT STRAIGHTEN YOUR HAIR
DO NOT COLOR YOUR HAIR
DO NOT BLOW DRYING
DO NOT USE STYLIST PRODUCTS
hello mr.google.i tak buat la bnde2 cmni!!!plus,i x mmpu pun nk wt bnde2 cmni.maintenance tggi ma....

berbalik kpd topik asal.hasil dari peng'google'an,maka,jmpe la satu dua cara yang agak menarik dan rasa2 cm berkesan gak kot.cume tatau la nk buat ke tak.

cara 1
Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
takleh imagine kena sapu telur kt kepala.2 kali seminggu lak tuh!!!

cara 2
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.

cara 3(for dandruff hair)
Urut kepala menggunakan minyak kelapa.
*mata tak berhenti2 cek ejaan 'kelapa' n 'kepala'*

cukup la 3 cara lu.ni pon tatau la blh buat ke tak.kena ketahanan mental dan ketahanan hidung yang tggi.

betul kata peribahasa,BEAUTY IS PAIN!!!

Sunday, 19 September 2010

baby berani mati

baby ni tgh tdo ngn mak die,kat semak tepi highway kat Turkey.mak die ni peminta sdkah.mak die ttdo lena sgt smpai tak perasan anak die dah bgn and pegi ke arah highway.seb baik org yg lalu kt highway perasan.klu tak....

Thursday, 16 September 2010

tau tak?

arini nk citer pasal kaler.

tau tak,sebenarnya,kaler itam lg baik dr kaler putih.(tp bkn sume bnde itam lg baik dr putih.kdg2,putih lagi baik dr itam...ikot keadaan lar)

ikut kajian,website kaler itam lbh baik dr website kaler putih.website kaler putih mggunakan 74watt,berbanding website kaler itam yang hanya mggunakan 59watt.(ttibe rase cm cool lak ckp psl watt2 nih...rase cm engineer letrik)

page(mukasurat)yg glp lbh jimat tenaga n yg lbh ptg,ia lbh selesa dgn mata kita.jd,guna la website or page yg gelap2.


pengajaran dr petikan di atas:kite kn plh balak yg gelap2,supaya mnjdi penyejuk mata kita.

Wednesday, 15 September 2010

ucapan

selamat hari raya aidilfitri
maaf...atas perbuatan yang disengajakan atau tidak
maaf...atas tutur kata yang menghiris jiwa
maaf...atas segala khilaf

semoga semua umat islam gembira menyambut lebaran
buat mangsa banjir di Pakistan,dan mangsa2 bencana di negara Islam lain,bersabarlah...
buat keluarga yang baru kehilangan ahli keluarga,bersabarlah...
segala qada & qadar telah ditetapkan Allah

************************************************************

raya thn ni hepi sgt...sbb selama ni raya ber6 je(abah+mak+4 adik beradik)...
tapi thn ni len.ade 2 ahli baru!!!abg ipar n anak sedara yang sgt kiut... =)

lg satu,hepi sbb dpt duit raya.wlupon dah kije,famili n sedara-mara still bg duit ry...yg 'ter'bagi pon ade...huhu

************************************************************

thn ni 1st time raya sbg seorang yg dah kije.rasa cm tak bez sgt berbanding2 thn2 lpas.nape ek?myb sbb tak bleh nk enjoy sgt wktu raye kot.kn pkir 'nt kena kije mggu dpn'...
pstu soklan yang sering mnjadi topik perbualan ialah 'Bila stat kije?'..sgt tak mncabar minda kan?

Sunday, 5 September 2010

Moses Miracle


selain '7 PERKARA AJAIB DUNIA',byk lg bnda ajaib kt dunia nih.
slh satu yang mnarik minat adalah Laut Terbelah Jindo.Dlm bhs tempatannya,Jindo Yeongdeung.Laut terbelah Jindo ni terletak di wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan.
Laut Jindo akan terbelah membentuk laluan yg pjg,dalam 2.8km.Lebar dlm 40-60meter.
Ia terbelah lebih krg sejam.So,dlm sejam tuh,ramai orang berebut-rebut nk lalu kt laluan tuh.Ada yang just jalan-jalan.Ada yang amik kesempatan wktu tuh utk kutip kerang,kepah,tiram etc.
*Fakta Laut Terbelah Jindo*
-terbelah 3 kali setahun(around march,may,july)
-lokasi:antara Pulau Jindo dan Pulau Modo
-tempoh:lebih kurang sejam
-masa:antara 5-6 petang
-keluasan:pjg 2.8km x lebar 40-60m
-punca:penurunan mendadak paras air laut akibat pertembungan air pasang dan surut secara serentak
-bil pengunjung:400 000(local and foreigner)

Setiap kali berlaku Laut Terbelah Jindo,akan ada festival yang disambut besar-besaran.Festival ini dikenali sebagai ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo.

Laut Terbelah Jindo ini dinamakan Moses Miracle disebabkan fenomena ini berlaku sama dengan sejarah Nabi Musa(Moses).
Sejarah bermula sewaktu Nabi Musa dan pengikutnya hdk larikan diri dari kekejaman Firaun.Ketika itu,Nabi Musa dan pengikutnya terkepung antara Laut Merah di hadapannya,dan bala tentera Firaun di belakang mereka.
Dengan izin-Nya, Laut Merah itu terbelah dua, menyediakan laluan untuk Nabi Musa dan pengikut baginda menyeberang dengan selamat.

Firaun dan bala tenteranya yang ghairah mahu membunuh Nabi Musa dan pengikut baginda akhirnya masuk ke dalam perangkap maut apabila laut kembali bersatu sebaik mereka berada di tengah-tengah dan selepas Nabi Musa dan pengikut baginda sudah selamat tiba di tebing.
Bukti kejadian itu diungkap oleh seorang pakar arkeologi, Ron Wyatt, yang mendakwa menemui beberapa roda kenderaan perang purba di dasar Laut Merah. Katanya, ia mungkin sebahagian sisa kenderaan perang tentera Firaun yang tenggelam ketika mengejar Nabi Musa.

Katanya, selain roda kenderaan perang berkuda, Wyatt bersama pasukannya turut menemui tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan itu mengukuhkan dakwaan ia adalah sisa tulang tentera Firaun apatah lagi hasil kajian yang dilakukan di Universiti Stockholm ke atas tulang berkenaan mengesahkan ia berusia sekitar 3,500 tahun, sama waktu kejadian Nabi Musa membelah Laut Merah berlaku.